Sunday, 21 October 2018

KURIKULUM DI FINLAND


  • Prinsip kurikulum di Finland adalah tiada diskriminasi dan layanan sama rata "equal treatment".
  • Semua murid mempunyai hak sama dalam pendidikan dan tidak dibezakan dengan taraf kekayaan
Kesamarataan Di Antara Sekolah

  • Sistem persekolahan menuntut pelajar-pelajar yang cemerlang untuk sama-sama membantu pelajar yang lemah agar mereka juga boleh turut cemerlang
  • Konsep ini turut diamalkan di antara sekolah-sekolah
Kanak-kanak Mula Bersekolah Pada Usia Yang Lambat

  • Kanak-kanak hanya mula bersekolah pada umur 7 tahun, ibu bapa mempunyai pilihan sama ada ingin menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan berkualiti tinggi yang bersubsidi ataupun pra-sekolah
  • Meskipun kanak-kanak mula bersekolah pada usia yang lambat, namun mereka telah dipersiapkan untuk memasuki alam persekolahan dengan awal
  • Sebelum usia 7 tahun, pembelajaran secara tidak langsung melalui bermain sangat dititikberatkan kepada mereka
  • Pendekatan sebegini diambil kerana Falsafah Pendidikan di Finland percaya bahawa kanak-kanak akan lebih cepat belajar sekiranya mereka sudahpun bersedia dan bukannya dipaksa
Bermain dan Aktiviti Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum

  • Arja- Sisko Holappa, kaunselor di Lembaga Pendidikan Kebangsaan Finland menegaskan bahawa amatlah penting untuk pihak sekolah memastikan kanak-kanak sentiasa gembira dalam proses pembelajaran
  • Setiap sekolah di Finland mempunyai unit kebajikan yang dikhaskan untuk memastikan kanak-kanak sentiasa gembira di sekolah
  • Selain daripada subjek bahasa, matematik dan sains, kanak-kanak juga banyak dilibatkan dengan subjek tambahan seperti pendidikan jasmani, seni reka, etika dan juga muzik
  • Selang masa antara setiap subjek, mereka diberikan masa 15 minit untuk melakukan aktiviti bebas di luar kelas sebanyak 4 kali sehari
  • Diberikan kerja rumah (homework) tetapi dalam kadar yang sangat sedikit untuk memberikan mereka lebih masa untuk bermain dan melakukan aktiviti apabila mereka pulang dari sekolah 

Sunday, 14 October 2018

TAHAP PENDIDIKAN DI FINLAND



PRA PENDIDIKAN (umur bawah 7 tahun)


  • Pihak bertanggungjawab menyediakan pra pendidikan di sekolah, pusat jagaan atau tempat-tempat yang sesuai
  • Tidak wajib diikuti
  • Percuma
  • Tujuan utama pra pendidikan dijalankan untuk mengajar anak-anak kecil supaya lebih berdikari, proaktif, bekerjasama dan berani dalam latihan fizikal
PENDIDIKAN ASAS (Gred 1 hingga 9)

  • Wajib diikuti
  • Umur 7 hingga 15 tahun
  • Terbahagi kepada Basic & Lower Upper Education
  • Percuma 
  • Upper Education turut diberi percuma bagi makan tengahari, buku, alatan menulis serta pengangkutan bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk datang ke sekolah
  • Hari persekolahan: 190 Hari
  • Cuti musim panas: 90 Hari
PENDIDIKAN MENENGAH (Gred 10 hingga 12)

  • Wajib diikuti
  • Umur 16-18 tahun
  • Yuran dan makanan tengahari diberi percuma. Tetapi buku dan peralatan tidak disediakan 
  • Pilihan:
  • Upper Secondary School (Sekolah Menengah Atas)
  • Syarat kemasukan: perlu menghabiskan pendidikan asas
  • Khusus kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti
  • Di akhir persekolahan, perlu menduduki peperiksaan Matrikulasi (syarat ke pendidikan tinggi)
  • Vocational Secondary and Apprenticeship Training
  • Bagi pelajar yang ingin melanjutkan ke dunia pekerjaan
PENDIDIKAN TINGGI

  • Mempunyai 2 sistem pendidikan tinggi:
  • Universiti (16 buah)
  • Fokus universiti pada penelitian dan memberikan pendidikan yang lebih teori
  • Bachelor's Degree (S2) selama 3 tahun
  • Master's Degree (S2) selama 2 tahun
  • Doctorate Degree (S3)
  • Program terkenal: Pendidikan sekolah rendah, psikologi, media massa dan sosial sains
  • Politeknik (26 buah)
  • Politeknik fokus pada kemahiran praktikal dan jarang melakukan penyediaan, tetapi apa yang mereka lakukan terlibat secara langsung dalam projek-projek pembangunan industri
  • Politeknik Diploma (S1) selama 3-4 tahun
  • Politeknik Master's Degree (S2) selama 1-2 tahun

Thursday, 11 October 2018

Pengurusan Pembelajaran



Makna Pengurusan:

  • Aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004)
Apakah kaedah pengurusan yang biasa dipakai dalam bidang anda?

  • Pendekatan dan Kaedah Pengurusan:
  1. Berpusatkan pelajar
  2. Berpusatkan bahan
  3. Berpusatkan guru
  4. Berpusatkan pelajar, bahan dan guru
  • Pendekatan dan Kaedah Khusus:
  1. Pengurusan bahan dan pembelajaran 
  2. Pengurusan Tempat
  3. Pengurusan Masa
  4. Pengurusan Siapa Yang Mengajar
  • Konsep Guru dan Profesional

KONSEP SOSIALISASI




Konsep Sosialisasi

  • Proses mempelajari peranan, status dan nilai yng perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial
  • Satu proses pembelajaran yang berterusan- bermula dari pemindahan norma/ nilai dalam keluarga/ budaya
Teori Sosialisasi lebih kepada:

  • Perkembangan kognitif
  • Pemerolehan moral
  • Perkembangan kemahiran sosial

JENIS JENIS SOSIALISASI

Primer
  •  Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang      
Sekunder ( sosialisasi penyertaan)
  •  Proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga)
  • Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras
Resosialisasi

  • Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
  • Berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah 
FAKTOR YANG MELINGKARI SOSIALISASI:


  • Keluarga
  • Agama
  • Pendidikan
  • Ekonomi
  • Kerajaan/ suasana persekitaran politik

TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN





Terbahagi kepada 3 teori utama:

  • Fungsionalisme 
  • Konflik
  • Interaksionisme Simbolik

Teori Fungsionalisme
          ➥ Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat.
         ➥ Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat

         Teori Konflik

         ➥ Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat

         ➥ Berlaku konflik dalam struktur masyarakat

         ➥ Mengkritik kapitalisme 

        Teori Interaksionisme Simbolik

        ➥ Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif

        ➥ Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan

menyebabkan hubungan bertambah mesra