- Prinsip kurikulum di Finland adalah tiada diskriminasi dan layanan sama rata "equal treatment".
- Semua murid mempunyai hak sama dalam pendidikan dan tidak dibezakan dengan taraf kekayaan
Kesamarataan Di Antara Sekolah
- Sistem persekolahan menuntut pelajar-pelajar yang cemerlang untuk sama-sama membantu pelajar yang lemah agar mereka juga boleh turut cemerlang
- Konsep ini turut diamalkan di antara sekolah-sekolah
Kanak-kanak Mula Bersekolah Pada Usia Yang Lambat
- Kanak-kanak hanya mula bersekolah pada umur 7 tahun, ibu bapa mempunyai pilihan sama ada ingin menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan berkualiti tinggi yang bersubsidi ataupun pra-sekolah
- Meskipun kanak-kanak mula bersekolah pada usia yang lambat, namun mereka telah dipersiapkan untuk memasuki alam persekolahan dengan awal
- Sebelum usia 7 tahun, pembelajaran secara tidak langsung melalui bermain sangat dititikberatkan kepada mereka
- Pendekatan sebegini diambil kerana Falsafah Pendidikan di Finland percaya bahawa kanak-kanak akan lebih cepat belajar sekiranya mereka sudahpun bersedia dan bukannya dipaksa
Bermain dan Aktiviti Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum
- Arja- Sisko Holappa, kaunselor di Lembaga Pendidikan Kebangsaan Finland menegaskan bahawa amatlah penting untuk pihak sekolah memastikan kanak-kanak sentiasa gembira dalam proses pembelajaran
- Setiap sekolah di Finland mempunyai unit kebajikan yang dikhaskan untuk memastikan kanak-kanak sentiasa gembira di sekolah
- Selain daripada subjek bahasa, matematik dan sains, kanak-kanak juga banyak dilibatkan dengan subjek tambahan seperti pendidikan jasmani, seni reka, etika dan juga muzik
- Selang masa antara setiap subjek, mereka diberikan masa 15 minit untuk melakukan aktiviti bebas di luar kelas sebanyak 4 kali sehari
- Diberikan kerja rumah (homework) tetapi dalam kadar yang sangat sedikit untuk memberikan mereka lebih masa untuk bermain dan melakukan aktiviti apabila mereka pulang dari sekolah